30.8.09

sambutan

Kita sudahpun menyambut hari kemerdekaan ke-52
Tetapi, banyak cerita-cerita menyatakan kita semua belum merdeka
Mungkin ada betulnya, merdeka selalu diingatkan dengan kebebasan,
Bebas melakukan apa jua, bebas kesana-sini dan bebas segalanya.
Maka oleh itu, kita semua harus merdeka kan diri kita sendiri,
sebelum menuntut kemerdekaan yang sebenarnya
Justeru, ayohh kita lakukan.

Semalam aku menyambut merdeka di penang,
dengan kawan-kawan aku.
Lepas berbuka. kitaowg bersiap.
tak gi terawih..hihi..sory-sory
Aku sebenarnya malas nak pergi, duit xda lorrr,
disebabkan desakan kawan-kawan, cian aku tengoknye
muka kawan2 aku tu, menharap sangat aku pergi
aku pergi laaa. Nasib baik la kawan aku tu ada kete,
just bayar duit minyak jela.
Bertolak dalam pukul 9.30 mlm,
Kitaowg naik ferry hendak ke dasar pulau pinang.
Sampai je, terus gerak ke padang kota lama
Diorang sambut kat citu doo.
Makan jap kat gerai pasembor mamak,
lama dah tak makan benda ni, sedappp licinnn!!
Habis makan, jalan-jalan serta shot gambar byk2
borak-borak, lepak-lepak, mencapap jap hiihi
Dah detik kul 12, hummm
ingat kan ada laa bunga api ke ape ke,
xda pape pun, cuma diorg kibar bendera saja,
sambil nek motor, ada la cikit mercun kedengaran..haha
Itu jela, sambutan kemerdekaan kami di penang
Habis, gerak ke batu feringgi, ronda-ronda
Makan jap kat gerai mamak. makan minum
Sahur sekali Setel, gerak balik ke sungai petani kedah
naik jambatan, nak nek ferry tutup, xda orang langsung
Sampai umh sewa dalam pukul 4.30 pagi
Tidur terus.


1 ulasan:

syahmi suhaimi berkata...

cuba la letak gambar
ke hape.
ni text je memanjang.
hhaha