30.8.09

sambutan

Kita sudahpun menyambut hari kemerdekaan ke-52
Tetapi, banyak cerita-cerita menyatakan kita semua belum merdeka
Mungkin ada betulnya, merdeka selalu diingatkan dengan kebebasan,
Bebas melakukan apa jua, bebas kesana-sini dan bebas segalanya.
Maka oleh itu, kita semua harus merdeka kan diri kita sendiri,
sebelum menuntut kemerdekaan yang sebenarnya
Justeru, ayohh kita lakukan.

Semalam aku menyambut merdeka di penang,
dengan kawan-kawan aku.
Lepas berbuka. kitaowg bersiap.
tak gi terawih..hihi..sory-sory
Aku sebenarnya malas nak pergi, duit xda lorrr,
disebabkan desakan kawan-kawan, cian aku tengoknye
muka kawan2 aku tu, menharap sangat aku pergi
aku pergi laaa. Nasib baik la kawan aku tu ada kete,
just bayar duit minyak jela.
Bertolak dalam pukul 9.30 mlm,
Kitaowg naik ferry hendak ke dasar pulau pinang.
Sampai je, terus gerak ke padang kota lama
Diorang sambut kat citu doo.
Makan jap kat gerai pasembor mamak,
lama dah tak makan benda ni, sedappp licinnn!!
Habis makan, jalan-jalan serta shot gambar byk2
borak-borak, lepak-lepak, mencapap jap hiihi
Dah detik kul 12, hummm
ingat kan ada laa bunga api ke ape ke,
xda pape pun, cuma diorg kibar bendera saja,
sambil nek motor, ada la cikit mercun kedengaran..haha
Itu jela, sambutan kemerdekaan kami di penang
Habis, gerak ke batu feringgi, ronda-ronda
Makan jap kat gerai mamak. makan minum
Sahur sekali Setel, gerak balik ke sungai petani kedah
naik jambatan, nak nek ferry tutup, xda orang langsung
Sampai umh sewa dalam pukul 4.30 pagi
Tidur terus.


19.8.09

ayah dan ibu

Kenapa seorang ayah tidak dapat
menyatakan kepada anaknya
betapa dia mengasihinya?
Dia tidak berupaya memeluk
dan mengatakan 'aku mengasihi anakku'

Sedangkan seorang ibu
Dia sentiasa menyatakannya walaupun
anaknya mendengar ataupun tidak.

Itu tidak bermakna, bahawa seorang ayah
tidak mengasihi anaknya

Ibu, tiada sesiapapun yang boleh mengukur
kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
walaupun dirinya sendiri,
kerana tiada ukuran kasih sayang
seorang ibu terhadap anaknya.
Ianya emosi yang dapat dinikmati.
'Emosi seorang ibu.'

18.8.09

Nak balik kampung ni,
walaupun sekejap,
nak tenangkan fikiran aku,

sekarang ni aku xnak digangu,
dengan assignment dengan aktiviti aku,
biarkan kosong kejap,
nak bagi otak aku ok balik,
nak jumpa MAK aku,
nak jumpa KELUARGA aku,
lame dah x balik kampung.


x tau nak ckap ape dah
aku mmg x sesuai masuk tempat ini
aku bukannya pandai sangat, dulu pun kelas bwh
mungkin rezeki aku dpt masuk, tp mcm x sesuai
aku dah buat yg terbaik, dlm rezeki yg aku dpt ni
mulai dgn penuh semangat, last-last ni susah bg aku
pilihan aku bukan disini, yang aku nak xdpt la plak
klu masuk byk memberikan aku masalah
baik xyah masuk, lagi beban ada la,
''bagi pendapat aku'', xda mengena dgn org lain
mungkin dgn usaha gigih boleh merubahkanya
tapi aku x terdaya, dah terlambat
tp memikirkan org tuaku, betul jugak
aku x janji, walaupun aku masuk
aku x mungkin boleh memberikan yang terbaik
tapi InsyaAllah.
jenuh aku memikirkan, nasib baik aku x gila je
dah selesai satu masalah, dtg lagi masalah
bukan nye kadang2, tapi selalu
melihat kawan2 aku, happy saja
mmg aku tau, kwn2 aku tu byk keje jugak serta maslah
tapi, pada aku lagi byk masalah, dgn msalah keje dan
masalah dalam kepala otak aku ni
masalah mereka, x sama dgn masalah aku
walaupun aku teruskan, belum tentu
aku dapat tamatkan, mungkin mengambil masa
kawan yg sama seperti aku, aku tengok
diorg happy saja, tapi aku dah x larat melaluinya
( aku tengah mencuba )

Aku tulis ni hanya untuk menenangkan diri aku
kepada kwn2, dan keluarga
Minta Maaf!!!




16.8.09

DIA...

Dia telah memberikan, aku satu hadiah yang paling berharga,
Dia memberikan, aku satu alat yang berfungsi untuk aku,
Dia memberi, agar aku dapat mengejar cita-cita aku,
Dia memberi, tanpa berkata apa-apa, serta tiada sebarang halangan,
Dia memberi, penuh dengan seribu harapan pada diri aku,
Dia memberi, dengan penuh keikhlasan pada hatinya,
Dia memberi, supaya aku bersemangat untuk teruskan hidup,
Dia memberi, dengan bertujuan, supaya aku senang kemudian hari,
Dia memberi, agar aku membawanya dengan berhati-hati,
Dia memberi, agar aku menggunakannya dengan tujuan yang betul,
Dia memberi, agar aku menjaganya dengan baik.

Tapi aku takut, aku takut, aku takut,
tidak dapat menunaikan janji dia, dan tujuan dia

Maafkan aku sekiranya aku undurkan diri
Mungkin ada cara lain untuk aku
Maafkan aku!
BONDA

3 hari lepas?


HARI YANG PERTAMA (khamis)

Belum saje habis kelas dah dapat masej dari kawan, menyatakan dia mengajak
kami semua
pergi bermandi-manda di karnival sungai petani, syah le sape agi.
Dia kata harga masuk RM5 saje, murah sangat, pe lagi kitaowg on jela.
Habis saje kelas terus balik umah, nak bersiap2 la packing barang nak gi
karnival tu.
Tapi aku penat giler masa tu, tidur jap yela pas ni nk kena drive
motor bawa dato2 ni,
tengah tidur hujan pun turun lagi lena la aku,
pastu syah plak dtg nek kete
nak juga pergi tu nek kete la sebab hujan,
sambung tidur balik sambil tgu hujan reda merintih.
Elok saje cuaca
diatas, kitaowg bersedia la pergi. Masa pergi ewan drive kete.

Sampai je kat kanival tu, gi bayar. Lawa doo penjaga
kat counter tue, cun!!
Dah salin pakaian ape semua selesai, first
kitaowg nek gelongsor, takut bohh.
Aku nek dgn syah, ewan dgn kutum
dan toyol berseorangan sahaja. Asalkan dia happy
perghh!! mmg gerun,
rasa cam nak terbalik, menjerit2 la aku dgn syah mcm org tgh bersalin

Habis saje main benda tue, gi mandi manda kat
lokang plak, berapa kali pusing pun aku x kira
seronok sangat,
bersuka ria kitaowg semua.
Dah kecut seluruh badan, berhenti jap
bersantai, shoot la gambar. peach!!
Pastu gi plak main gelongsor
berwarna biru plak, xtau ape name benda tu.
Aku xnak main ad kisah
silam, jadi toyol dgn kutum, ewan dgn syah, mereka pun
naik la keatas
aku tengok dari bawah saje, yang pelik nye mereka2
saje yg menjerit, org lain xda pun menjerit
macam diorag ni, klakar!!hahaha
Sambil tu ada dance la masa kitaowg pergi karnival tu, malu la nak joint
Ada la plak budak kena gari dgn polis, xtau pasal ape. Teruk la
budak2 sekarang ni!
Pastu sambung mandi agi, tgh syok mandi hujan
pun turun dgn ayu nye. kitaowg pun naik ke dasar
stop mandi, salin
pakaian kemas2 diri nak balik, shoot gmbat agi mcm2 pose ada

BEST la jgak mandi kat situ, nasib bek murah, dapt jugak merasa
walaupun sekali.
Balik singgah KFC kat sp, mkn2 minum2 gelak2
sampai kenyang. Dah selesai menuju ke umh

Habis untuk aktiviti hari yang pertama.

HARI KEDUA (jumaat)

Hari jumaat cam biasa bangun lambat, penat memberi tenaga masa di
karnival tu
Pas habis sembahyang jumaat, lepak lepak saje di rumah xda
wat ape
on9 saje mengadap laptop, dengar lagu, tengok video, mcm2 lorrr
Dah mlm Ewan ajak gi down town, pas maghrib kitaowg pergi pasar mlm tu.
Sampai saje roung satu pusingan pasar tu, si Ewan tu nak bli perfume
tapi kedai nye x bukak agi
sebab kitaowg dtg awl sangat. Nak tgu kedai
tu bukak, gi la cari kedai mkn
makan la kat pelita, berjalan kaki.
Udh hbis licin pungan tu, Gerak balik kat down town tu

Roung seklai agi, dapt la satu perfume yang Ewan tu nak.
Selesai,balik la kitaowg menuju ke syurga kami.
Habis untuk aktiviti yang kedua

HARI YANG KETIGA (sabtu)

Mcm biasa bangun seperti mana mcm semalam.
Udh tengah hari, bersiap sedia nak gi ke tempat pecutian yang bergitu
indah
iaitu TUPAH, tempat setiap minggu kitaowg untuk pergi mandi
manda
Mkn kejap, lapor masa tu. dah kenyang, menuju ke tupah.
Sampai saje di situ semua tmpat penuh, tempat kitaowg selalu mandi
dh ad org
Humm.. gi abil air mineral jap free saje. Turun balik, gi
jugak mandi kat tempat biasa
terjun saje walaupun ada family org kat situ,
tempat awam okeyy!
Pastu family tu pun naik ke dasar dgn serta merta.
Apa lagi kitaowg semua terjun mandi
Sambil mandi, melo dgn kacang dtg,
joint sekali mandi, Lai naik la air. bestt!!!!
Mandi sekali dgn org india,
pakistan, lagi best bukan aku tapi oarng yg tertentu.

Udh penat mandi, kitaowg balik menuju ke rumah kondo kami.
Sambung ag aktiviti strusnya iaitu pergi ke pantai murni, aku x pernah ag
mancapap kat situ
Kitaowg pergilaaa. Sampai saje, beli la bnda untuk
dimakan, lepak kat tebing simen baru
Pastu si kutum ajak gi tempat ape
enth aku pun xtau, gi la jln kaki
shoot gambar sebanyak yang mungkin,
borak2 kitaowg balik
dah kul 7ptg aku rase, balik lorrr. Perjalanan
sungguh jauh, mmg penat tapi puas
Sampai umh tergolek2 la
kat tilam sutera aku, penatt sangat..hihihi

Habis untuk aktiviti yang ketiga

7.8.09


Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 Ramadhan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadhan iaitu hari jumaat 15 Ramadhan dekat bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dasyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang diberitahu NASA amerika pada 21 - 12 -2012 planet x akan lintas di bumi ini).

Adakah kita semua ini tergolong dalam 1/3 itu? ALLAH sahaja yang mengetahui.
Saya sekadar berkongsi.

perhatian!

Ayooo!...dunia semakin panas dan kadang kala hujan, sekarang ni macam2 virus melanda dulu j.e, selesema burung, dan sekarang H1N1. Ada, yang deman, batuk, selesema, dan sebagainya. Kita sekarang boleh lihat dah banyak manusia terkorban, kadar peningkatan dah pun meningkat, Jadi sesiapa pun akan terkena jika tidak menjaga kesihatan diri sendiri. Perhatikan tanda-tanda jangkitan

Tanda-tanda H1N1 Virus Influenza (H1N1)
-demam
-batuk
-sakit badan
-sakit tekak
-selesema
-pening
-lemah dan lesu
-muntah serta cirit
Bagi sesiapa yang terdapat tanda-tanda tersebut, segeralah ke hospital berdekatan

Bagi kita semua hendaklah menjaga kesihatan dengan bersungguh-sungguh , bagi ibu bapa awasilah anak2 anda

slow - slow datang!!

Assigment dah mula merangkak, dah kena buat 5 ideation,
xtau nk buat bila hari ahad ni nak,
pastu mesti kena tambah agi,
tambah lagi kena buat agreement partnership
camne entah nk buat,,
korang tau?


6.8.09

strees
huarghhhhh!!, tak dapat pergi ke uitm perlis,
dah training tiap2 mlm,
semua barang keperluan dah siap,
banyak duit habis digunakan,
semangat giler nk pergi,
pengarah tak bagi takut H1N1
camne ni??
aku rindu kat dia ni!!!
nak balik jumpa dia....

research baju!!


Hahaha!!!. masa tu nk gi wat research sal subject industry aku, pergi la ke penang nak wat research kat sane naik kete bersama tiga org teman ku, iaitu wan dan syah. Pergi la ke penang ketempat supermarket queensbay citu jela perginye klu dtg ke penang. Sampai je ke supermarket masuk arr, jln2 nk wat research. Aku dgn wan kena wat research sal stool, kena la tangkap gambar stool kat dlm queensbay tu, tangkap puya tangkap ada la cikit gmbor nye selainnye shoping byk. start la untuk bli brg. aku beli kasut dgn baju, wan beli kasut. pastu nmpak plak baju harga 19 hingit. so kita tiga owg beli la baju tu sorang satu, lain design, lawa jugak. balik umh ape lagi photoshot laaa. hahaha..best jln2 tau, nak ikut jom, len hari kita pergi lagi.k

24 july 1989 - 24 july 2009


gilerr2, idok la aku sedor mmber2 aku ni plan nk sambut besday aku, tak pasan. Patut la petang tu aku tgok diorg budk umh aku beli tepung dgn telur rupe2 nye. Dah mlm telefon ku berbunyi, Ceh!! kwn aku ni syah, mula2 ajak aku gi ambil dia kat umh nye, boleh pulak suruh kwn nye and kwn aku jgk le, tipon aku suruh abil si syah ni, pelik plak aku, asal dia je x bg tau aku, pelik2. aku relax jela. Gi la dtg umh si syah tu nk abil dia katakan, boleh plak syah tu suruh lepak2 jap umh dia, idak le aku pasan masa tu. borak2 le dlm umh tu berdua-duaan. muka nk serious je si syah tu..hihi. Tgu la sampai kul 12, yela org smbut kan kena tgu kul 12. So si syah tu nk gerak la nk dtg umh aku tgal sorang takut, boleh plak dan2 nk bawa motor nk gi umh kwn, main2 byk kamo hihihi.. aku pun bg, mmg genius btul budk ni nk kena kan org. bawa la aku keliling taman tu, stop kat taman kanak2 fasa 3, boleh plak kwn aku toyol muncul tiba2 depan motor pengang tepung dgn telur, humm! ape lagi ni kes nk sambut besday aku la ni nk wat cam trend masa duk kolej dulu, aku pun turun la duk la atas kerusi tgh2 taman knk2 tu. ape lagi diorang serang la aku baling tepung baling telur, perghhhh!! sedap tapi huarghhhh!!. men la kejor2 jap.hihii. Dok sibuk tgh bersuka ria, ad la plak sorang pakcik ni marah kitaowg suruh balik, ketua kampung kot, lantak lorrr, hahaha balik la kerumah masing2. Hbis bdn aku disaluti tepung dgn telur cam buat kek la plak. Tapi best, hilang seketika perasaan tension dgn keje.

sebelum kejadian tu, kawan aku syahmi suhaimi bagi aku hadiah iaitu sepasang sweater biru berharga???
terima kasih byk2 syah, aku xtau nk balas camne mungkin lebih lumayan kot..tgu jela, suka la tu..hihi
terima kasih semua toyol, wan, kutum, syah, dan paan.

pengalaman baru

terima panggilan dari uitm, menyatakan aku diterima untuk menjadi pembantu mahasiwa sesi julai 2009. Terkedu, dan tertelan air liur aku. Jadi aku pergi la, kena la balik awl dua minggu sebelum masuk uitm, hummm!!!. Kena krusus dulu tiga hari, hari pertama cam biasa kena dengar ceramah la cikit, pasal jadual masa mms nnt, pastu sudah menjadi tabiat sesi sual kenal, aduhhh tension!!!. so kenal la sorang2, dapat la jugak kenal budak2 baru yg tak pernah jmpa dapat jmpa, yg pernah jmpa sekali lagi jmpa. Hari kedua gi kem di bukit hijau, cam2 jugak la aktivitinya, best gilerrrr. Hari ketiga, dengar ceramah agi, mlm terakhir perlantikan biro2, then aku dapat menjadi biro sukan. Asok nye start la orientasi tuk budak2 baru, aku kena jaga blog malinja B aras bwh. duk la tengak citu tunjuk kan bilik kat budak2 baru ni..penatttt. Pastu mlm bawa gi solat dan ceramah, dan hari yg seterusnya sama saja, tapi mlm ada post mortem kena bincang2 cikit. Aku ni kan biro sukan, time sukan je aku kena handle lorrr. sampai la ada satu program iaitu senam seni, aku kena lah handle ngajor budak2 baru sal senam seni ni, dari situ la aku dpt jadi pembantu mms ni, hihihihi. semua nya setel. Petang terakhir mms, semua pm kena la nyayi kat budak2 baru kasi diorg sedih ckit, pastu ad la budak gilr bg surat, dia kata terima kasih keatas abg syed kerana memberi layanan yang begitu baik. teruja wawa. Kiranya best giler dapat jadi pm ni, walaupun mula2 rasa malas, boring cam2 ag lorrr, dan dari program ni la aku lebih rapat dengan fatin (temah) sebelum ni xle rapat sngat..hihihihi. So sem depan rasa nk joint, tapi xtau ag???. NAK JOINT JOM!