30.9.09

???????

Nasib baik la aku ni penyabar orang nye...
nak cakap pun tak guna..
bila time aku je diorang buat tak layan..
aku taye pun, cam malas nak cakap..
sorang buat keje sendiri..
sorang kuar la..
yang lain lagi la buat tak tahu...
padahal mula-mula dulu
cakap nak buat keje sama-sama..
time diorang, aku puya la tolong
sampai pagi la..
aku tak larat pun aku
tolong jugak..
time aku diorang buat camni
kat aku..
aku tak suka nak cakap depan-depan
dah diri aku seperti itu
aku pun heran diri aku macam ni
entah apa nak jadi.

25.9.09

pagi syawal 2009

Big family
semua ahli -ahli mah sulaiman
ada bersama di pagi raya

Bersama
Mak dengan 5 adik beradik aku
yang bersama menempuhi suka duka

Pewaris
4 superhero 4 supergirl
tunggu masa tambah satu lagi.

Firts raya, pas sembahyang sunat aidil fitri
dengan mak dan abg ipar aku. Balik umh
sesi memohon maaf sesama keluarga dgn
mak aku, adik beradik, abg ipar
anak saudara aku yg pelbagai ragam.
Pastu sesi mengambil gambar plak
untuk dijadikan kenangan kelak.
Then, pergi menziarahi pusara
ayah aku dengan nenek dan atuk aku
bersihkan mana yang patut.
Balik je umh, dah ada orang dtg
saudara mara tambah agi kawan2
layan jela, bagi je kuih raya makan la dia.
Aku cuti seminggu saja, tak dan nak
pergi umh kekawan, just masej je
banyak luangkan masa bersama keluarga.
Raya tahun ni xda yg special, simple je
tak mcm dulu raya bergitu best dan meriah
mungkin ada sebabnya..hihihi
kita tunggu raya tahun depan plak..k




16.9.09

yahuuu!!


Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,

TERpukul kat mana-mana,
TERperkit di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-mena,
TERumpat bila-bila,
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena

Semoga dimaafkan
keluarga dan kawan-kawan

9.9.09

Kenangan!

HAPPY BESDAY
AYAH!!
9.september.1949 - 9.september.2009
60 tahun


Dah 10 tahun abah pergi.
Cepat masa berlalu.
Aku tidak dapat merasa kasih sayang
seorang ayah dengan begitu lama.
Semasa aku berumur 9 tahun,
abah pun dah pergi.
Banyak kenangan manis dan pahit
semasa aku bersama ayah dahulu.
Tapi tak bergitu lama.
Macam mane gambaran
sekiranya abah masih ada sekarang ni,
mesti lagi gembira.
Tapi aku tak seperti orang lain,
merasa kebahagian bersama ayah.
Aku hanya tinggal ibu sahaja,
Dia lah harapan aku,
Dia lah kekuatan aku.
InsyaAllah, aku akan beri dia kebahagian
tapi aku tidak janji.
sekiranya aku pergi dahulu.

Semoga abah tenang disana,
aku akan menjadi ketua keluarga
seperti mana abah dahulu.
Jasa mu tidak akan ku lupa.
Hari raya nanti apoi datang.
Selamat Hari Raya
AYAH!!

8.9.09

Hari ni. berbuka biasa-biasa je.
seperti biasa same saje tiap-tiap hari
pergi bazar, tak tau nak beli ape
yang dijual same je, xda yg special
pergi bazar pun dekat sini je
nak gi tempat lain jauh la plak
tak sempat dengan kelas nye lagi

Ptptn tak dapat lagi,
jenuh pergi taye bila nak dapat
last-last kata tengah bulan ni
Alhamdulillah la, tak tau bila dia masuk
udah tungu sebulan dah ni
klu tak dapat entah lee..

Hari tu test etr, la leh jawab
tapi susah jugak le soalannye
tak tahu dapat berapa markah
entahlah, mintak-mintak okey.
tengah study, mercun berkumandang
lagi la tension, xleh nak fokus
hahaha, bodah budak2 kat cini.

Tadi masa kelas industry
best lorr, ramai tak datang kelas
dah dapat proceed design
jenuh gubah dalam rhino
kira best la dah procced design
pastu kelas industry petang plak
lain plak design di proceed nye
kira ada dua design proceed
lain lecturer lain citarasa
habis tu aku nak pilih yang mene satu
ayooo, mcm2 hal.
Asok ada test lagi,
prepair belum agi,
xtau bape lagi,

hummm. ini lah
buletin harian aku
same je tiap ahri.
huarghhhh!!


5.9.09

Aktiviti ringkasan

pose terakhir
taadaaa!!

Ini, aku buat persembahan untuk
kelab IDEC, Industrial Design Kelab
kelab kursus aku la.hihi
Tarian jawa, permintaan lecturer
training masa tu dlm 2 3 hari je
nasib bek la semuanya okee.


Ini plak, aku buat persembahan untuk
anugerah kokurikulum uitm tahun 2009
Tarian zapin namenye, pihak uitm meminta
kami semua buat satu persembahan
jadi kitaowg buat la.hahaha
baju baru plak tu, dpt la rasmi dulu
best, semuanya enjoy..

3.9.09

percubaan bulan 9


Ayooo!!!
test baru je hbis pagi td.
semalam baca, menghafal, dan mengira
penat sampai pagi aku, kutum, dgn toyol
test pagi td, boleh la jawab
tapi susah le soalan nye
yela sabject baru dipelajari
tentang business susah arrr
bahagian depan boleh jawab
sampai belakang kertas ayooo udah pening
jawab jugak laa..terkontang kanting
tunggu final nanti aku pulun habis-habis