2.10.09

mana sahabat

Cerita yang menarik mengenai betapa
sukarnya untuk mencari seorang sahabat
sejati walaupun iaiya darah daging sendiri.
Bergitulah ragam manusia, apabila senang ramai
manusia akan mengerumini tapi bila susah
seorang pun tak akan nak dekat.

Memang diakui memang sukar untuk
mencari sahabat. Kawan memang ramai
tapi dalam banyak-banyak kawan itu
belum tentu satu pun yang akan terus
menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat.
Malahan pasangan anda juga tidak
semestinya akan menjadi seorang sahabat.

Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita
sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.
Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam
kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan
yang disangka musuh sanggup menghulurkan
bantuan. Memang dunia ini penuh dengan keunikan.
Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza

Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?
Adakah ianya masih wujud di alam maya ini
atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak
tahu menilai sahabat. Mungkinkah saya agak
cerewet dalam memilih sahabat?
Waallahualam.

6 ulasan:

syed saiful berkata...

siapa sahabat aku

Izwan Hafriz berkata...

a.ah

Syahmi Suhaimi berkata...

dah boleh pon.

hmm. ni lah yg aku
nak komen dr hari tuh ;

well dear. im always here
and terus cuba yang terbaik
menjadi kwn ko.

but utk buat yg terbaik
susahkan?

aku doakan ko dpt yang sejati
dan sememangnya yang terbaik.
amin ;)

syed saiful berkata...

teruskan usaha kau...
mungkin satu hari nanti..

ummi berkata...

pd akak..x dak kwn sejati dlm dunia ni. Kalu ada pn nk amik kesempatan je tau. Berkawan boleh...percaya jangan...

syed saiful berkata...

mmg susah mencari kwn...
btoi ckp akak..
biar hanya sekadar kawan...