7.5.11

today!!!

lama x update blog!!

lepas aku bye bye kat uitm,
aku balik rumah, duduk termenung jap,
memang ini keputusan aku,
memang derita time tu.
terpaksa la kena terima, tazkirah
oleh kaum keluarga ku,
terpaksa memberi tahu kepada kawan2,
kerana mereka dok sibuk tanya,
pas diploma ko sambung degree dimana.
walaupun segan, kasi tahu sahaj la.
aku mulakan mencari kerja disekitar-sekitar.
dapat kerja sebagai grafik designer kat ipoh,
malangnye aku quick lerrr.
jauh office nye dari rumah aku,
kerja sampai malam lak.
aku kerja lak kat bengkel stesen ketapi
itu dekat dengan umh aku.
tp malangnya aku berhenti jugak
kerja mencuci lantai tak mahu laaaa.

habis aku tak tahu nak buat ape dah,
balik rumah makan tidur jela,
aku mulakan dengan mengambil lesen kereta dahulu
selama dua bulan lamanya.
nasib baik sekali je aku lepas.
pas dpt lesen pun jarang2 aku drive kete
ada la sekali dua.
betoi ckp kawan aku, bawa kete manual mmg
banyak ragam, senang auto lagi.huu

selesai pengambilan kete
aku terus cari kerja
di kilang saudara aku bekerja,
interview nasib baik dapat
kerjanye bera la jugak, kena angkat besi
potong besi, bengkok besi, lubangkan besi dan
bermacam-macam besi.
selama 4 bulan aku disitu menjalankan tugas
macam kerenah, paling best dapat kenal
dengan orang nepal, aku rapat dengan
sorang je sebab dia sekali
department dengan aku, baik suka bersembang
bos pun, ok je suka buat lawak dan
tidak memaksa pekerja bawahannya.

sambim tu, aku apply untuk sambung study agi.
aku try mintak maktab perguruan
dengan kolej kemahiran tinggi mara
kktm.
bulan 5 tuh, aku mintak maktab
tidak diterima pulak, tp nasib baik dapat kolej kemahiran tu
kat balik pulau coz pembuatan.

Oleh itu, aku skg blaja di
kolej kemahiran tinggi mara
balik pulau, pulau pinang.
kolej nye tak besar mana,
rupa2nye kawan time sek teknik dlu pun
ada balaja kat situ, dia pun sama berhenti di uitm jgk
tadi aku cakap, aku dpt coz pembuatan akn,
so aku nak tkar ke coz product design,
sebab aku ada basic cikit time d uitm dlu
nasin baik dapat diluluskan oleh pengarah itu.
kawan-kawan baru ok semuanya,
aku rapat2 dengan budak perak je, sebab
klu balik semuanya sekali.
mereka pun kebanyakannya semua adik2 sahaja
ada la 4 orang yang tua dari aku. cehhh!!!
balaja kat situ, semuanya ok lecturer pun best2..
dok kat situ, xda la bebas seperti di U.
keluar pukul8 masuk kul7
nak ke bandar pun sejam lamanya di dalam bas.
dari balik pulau ke pusat bandar.
baik dok dalam kolej je, diam-diam.

selama 5bulan aku di balik pulau,
sekarang aku di USM.
asrama ku berpindah di usm,
pelik kan. sebab asrama aku kena baikpullih.
tak tahu sebab ape.
usm bertempat di kolej
desasiswa restu, saujana, dan tekun
jalan bukit gambir berhadapan dengan
stadium usm.
aku dok kat usm selama setahun.
tidur di usm, belajar di balik pulau.
tiap2 pagi kena tunggu bas pukul 7pg
sampai di balik pulau pukul8pg
macam tu la tiap-tiap hari.
walaupun penat terpaksa lalui.

sekarang dah masuk bulan5
semua student dok sibuk cuti,
relax2 kat rumah, kolej aku ni final pun lambat
tengah bulan6 baru hbis sem.
assignment terlampau la banyak.

lama tak jumpa dengan kawan-kawan
di uitm kedah dahulu.
mereka semua sekarang
tengah ambil degree.
kiranya dah setahun aku x jumpa kawan
rapat seperti syamohd dan adamhaiqal
just tengok muka melalui facebook.
itu pun muka diorang bertukar-tukar.

ini sahaja yang aku sempat katakan.
banyak lagi aku nak taip ni,
banyak lagi aku nak cerita.
harap dapat jumpa korang balik, di masa
yang sesuai dan borak pjg2.

2 ulasan:

Adam Haiqal berkata...

alaa...
sedih je baca entry ko yang ni..:((
jgn lah begitu..
benda dah berlaku,..
we wish we could go back at time when we did a mistake,try to fix the probs..right?:(

syed saiful berkata...

could go back at time when we did a mistake,try to fix the probs..right?:(

itu yg aku harapkan..