31.10.09

menghadirkan diri

Semalam iye-iye je nak pergi beli barang
sampai ke centre square,
cadang nak gi hardware dulu
hujan la plak masa tuh
last2 tgh tgu kawan hbis buat rambut
xtau nak buat apa-apa
untuk dilakukan

papadom

aku dgn kuntum pergi tengok citer nih
best laaa, batoi ckp kawam aku tuh
citer ni best. klakar tambah sedih
lame dh aku tgu nak tgok
semalam aku dh tgok.

fun fair

habis tgok citer tu pun
dh mlm. nak beli barang kat
hardware pun xdpt tutup dah
pastuh kitawog pergi fun fair
di taman ria bersama dgn
akak seniour tiga org
x plan pun nak pergi

pusing-pusing?

masukn je, tidak tahu nak main
apa semuanya mencabar
ikut kehendak kawan
nak main jugak, aku pun
main la benda nih, engak tahu
apa nama permainan ni.
huhu..best gila hari tu..

nak pergi sesuatu tempat jgn
dirancang itu trick kitaowg

21.10.09


Apa maksud gambar diatas?

titik peluh aku


Gila tak gila, tak pernah lagi aku
buat report nak tiga salinan.
Hari ini nak hantar masih lagi
tak siap, jmpa lecturer dulu taye mane
yang silap, ada silap baiki balik
selama dua jam.
dari sampai kul 12 hingga kul 2.
padahal nak hantar kena sebelum
kul 3. Kelam kabut jadi
tak pernah agi aku kelam kabut
seperti ini. Tgh print ada plak
yang tidak ditulis, baiki lagi
pastu cover report xda tulis group
baiki lagi. pastu salah ejaan apendix
baiki lagi. Tengah cibuk print lupa
plak nak burn dalam cd.
Lagi satu hal, pergi kat wantoq
dah burn hilang plak, virus banyak.
pergi balik umh joe, pastu dlm
pendive tuh dah hbis hilang
virus makan. cari balik dalam
komputer joe. nasib baik ada
dah la cd tu sekali burn sahaja
xleh dua kali, try la jugak
nasib baik buleh, tp xtau report
tu yg betoi ke tak, asalkan hantar.
Jam dah kul 4 petang.
HEA tutup xtau kul bape
selalu tutup kul 4 setegah
engak tahu sempat ke tidak.
Selesai print dan copy.
bergegas terus ke uitm nak hantar
dlm perjalanan hujan la plak
teruskan jugak. Tapi yang best
dapat hantar dgn selamat
dan suci. Tapi rasa tak best
sebab buat keje kelam kabut
asalkan hantar.

6.10.09

buang masa

kegilaan masa tu nak mandi tak
jadi air terjun tak elok, sebab
masa tu hujan, kawan aku
sorang ni nak sangat pergi
pergi-pergi taknak terus.

tak tahu nak buat ape dah
tangkap gambor jela dlm hutan tu
semua tempat pergi, tepi sungai la
tepi pokok la, tepi batu la
last-last tengah jalan.

dapat menghirup udara segar sambil
kita owg gelak ketawa masa tu
nak balik takda nak buat ape
lepak la kat citu setengah jam
org lalu lalang situ pun tengok pelik
kita mcm monyet tepi jalan.


housemate aku sorang ni
boleh plak lepak atas kete dia
sambil makan kuih raya.
kita owg dh penat, nak balik
boleh plak dia gayut atas kete
dia ni. terpaksa kena la tunggu

ini la aktiviti petang yang
paling gila.

5.10.09

Negara kita!

Mereka membakar bendera rasmi
kita Malaysia!

Mereka menulis slogan perang
keatas Malaysia!

Semalam, bulitin Utama TV3 malam tadi
menyiarkan berita, sukarelawan Benteng
Demokrasi Rakyat Indonesia di bogor
mengistiharkan perang keatas Malaysia.
Kumpulan sukarelawan lebih 200 ahli
itu secara jelas bertekad mengepung
kedutaan Malaysia di Jakarta.
Pada masa sama mereka membakar
kertas dicetak Jalur Gemilang dan
lambang kerajaan Malaysia
Bendera Malaysia juga dilaporkan
turut dibakar dibeberapa lokasi di
Indonesia. Namun Malaysia tetap
berdiamkan diri.

Kumpulan demokrasi itu sama membuat
kenyataan kononnya mereka
akan ke Malaysia, melakukan serangan.
Malaysia didakwa mencuri pelbagai
entiti 'budaya' mereka antaranya tarian dan makanan.

Sepertinya,
Tarian pendek ditanyangkan Discovery Channel
menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia.
Negara kita dituduh mencuri 'budaya' mereka
Apapun, Malaysia pantas memohon maaf sekaligus
memberhentikan tayangan klip promo itu.
Tindakan tersebut dilihat masih Tidak
diterima dengan baik.

31 Ogos lalu, sesetengah laman web
Malaysia diserang hackers Indonesia.
Lagi, mereka membaling kedutaan Malaysia
di Jakarta dengan telur busuk.

Pelajar Indonesia mendesak mahasiswa
perubatan Malaysia diusir.
Menteri Pendidikan Nasional Indonesia
diminta mengeluarkan arahan tidak menerima
mahasiswa Malaysia di negara mereka
Rakyat Indonesia takut mahasiswa
Malaysia akan 'mencuri' budaya mereka.

Ratu goyang, Inul di Stadium Bukit Jalil
Julai lalu, dibatalkan pihat berkuasa Malaysia.
Dikatakan bertujuan menghiburkan pekerja
warga Indonesia di negar ini sempena
sambutan ulangtahun kemerdekaan Indonesia
ke-64. Pembatalan tersebut membuatkan
sebilangan rakyat Indonesia marah.

Inilah serba sedikit mengenai masalah ini
Apa sudah jadi negara kita ini.
Adakah kata mereka betul?
Adakah Malaysia melakukan
perkara seperti itu?
Sedangkan sekarang ini banyak
Rakyat Indonesia mencari duit
di negara Malaysia kita ini.
Mereka boleh bertindak sekiranya
mahu. Kita hendaklah berjaga-jaga.






2.10.09

mana sahabat

Cerita yang menarik mengenai betapa
sukarnya untuk mencari seorang sahabat
sejati walaupun iaiya darah daging sendiri.
Bergitulah ragam manusia, apabila senang ramai
manusia akan mengerumini tapi bila susah
seorang pun tak akan nak dekat.

Memang diakui memang sukar untuk
mencari sahabat. Kawan memang ramai
tapi dalam banyak-banyak kawan itu
belum tentu satu pun yang akan terus
menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat.
Malahan pasangan anda juga tidak
semestinya akan menjadi seorang sahabat.

Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita
sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.
Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam
kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan
yang disangka musuh sanggup menghulurkan
bantuan. Memang dunia ini penuh dengan keunikan.
Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza

Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?
Adakah ianya masih wujud di alam maya ini
atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak
tahu menilai sahabat. Mungkinkah saya agak
cerewet dalam memilih sahabat?
Waallahualam.